Sunday, October 4, 2009

Peperiksaan Teori & Amali serta Tarikh Hantar 'Practical Report;

Assalamualaikum

Makluman kepada pelajar DCA 06 & 04, tarikh hantar 'practical report', peperiksaan teori adalah pada 29 Oktober 2009. Bagi peperiksaan teori, butiran adalah seperti berikut:

Masa : Semester 06 - 12 hingga 2 petang
Semester 04 - 2.30 hingga 4.30 petang
Venue : Dewan Anggerik (berhampiran Dataran Sura)
Hari : Khamis

Semua pelajar hendaklah menyerahkan 'practical report' kepada panel masing-masing dan borang penilaian industri diserahkan kepada koordinator latihan industri. Bagi pelajar 04, penyerahan 'practical report' dibuat selepas peperiksaan amali. Manakala pelajar 06 boleh berbuat demikian pada sebelah pagi sebelum peperiksaan teori bermula. Panel bagi 'pratical report' akan dimaklumkan kemudian.

Bagi pelajar DCA 04, peperiksaan amali akan bermula pada 29 hingga 30 Oktober 2009. Dan diikuti oleh pelajar DCA 06 pada 31 Oktober hingga 2 November 2009. Senarai nama bagi peperiksaan amali akan dimaklumkan secepat mungkin.

Penempatan sementara akan diuruskan oleh Koordinator latihan Industri, walaubagaimanapun tertakluk kepada kekosongan tempat di asrama. Sekiranya tiada penempatan, pelajar hendaklah menguruskan penempatan/lodging masing-masing. Maklumat berkenaan penempatan sementara akan dimaklumkan setelah mendapat keputusan dari pihak asrama.

Harap maklum.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home