Monday, October 5, 2009

Fornat Peperiksaan Amali Part 06 & 04 Diploma Seni Kulinari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dimaklumkan format bagi peperiksaan amali bagi pelajar DCA 06 & 04. Bagi format peperiksaan amali bagi DCA 06 adalah seperti berikut:

-Pelajar akan diletakkan dalam satu kumpulan iaitu 3 orang satu kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan tersebut akan ditentukan dan senarai nama akan dipamerkan di papan kenyataan di Blok Kreatif (Blok 15) pada 29 Oktober 2009. Pertukaran ahli kumpulan TIDAK dibenarkan sama sekali.

- Format 'black box' akan digunapakai dimana pelajar hanya mengetahui senarai barang pada hari tersebut sahaja. Pelajar dibenarkan menggunakan HANYA barang yang disediakan oleh fakulti.Bagi format ini, pelajar diberi masa 3 jam untuk menyiapkan 'three courses' iaitu appetizer, main course & dessert. Setiap 'course atau dish' yang disediakan adalah sebanyak 3 pax. Pelajar juga diberi masa selama 20 minit pertama bagi merancang menu berdasarkan barang yang diberi pada masa itu.

- Pelajar juga perlu merancang dari segi kegunaan 'plate' bagi setiap 'courses' yang disediakan. Semua 'plate' atau alatan yang sewaktunya dengan seperti shooter, oval plate hendaklah diuruskan sendiri oleh pelajar berkenaan. Pelajar TIDAK dibenarkan membawa alatan luar.



Bagi format peperiksaan amali DCA 04 adalah seperti berikut:

- Pelajar akan diletakkan dalam kumpulan iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. Pertukaran kumpulan TIDAK dibenarkan.

- Setiap kumpulan akan menyediakan 'main course dan dessert' sebanyak 2 pax. Masa yang diberikan adalah 3 jam dimana 20 minit pertama akan digunakan untuk merancang menu berdasar bahan yang disediakan.

- Bagi format ini, hanya bahan untuk main course akan dimaklumkan kepada pelajar dan bahan yang lain HANYA diketahui pada hari tersebut. Pelajar TIDAK dibenarkan membawa bahan dari luar selain yang disediakan oleh Fakulti.

-Pelajar boleh merancang kegunaan alatan atau 'plate' yang akan digunakan TETAPI perlu menguruskannya sendiri.

-Senarai nama kumpulan akan dipamerkan di papan kenyataan di Blok Kreatif pada 28 Oktober 2009 dan akan diuploadkan ke yahoo emel seminggu sebelum tarikh peperiksaan.

Bagi kedua-dua peperiksaan ini, Mock Restaurant akan digunakan sebagai tempat mempamer dan menilai 'dishes' yang disediakan. Dan post mortem bagi setiap sessi peperiksaan amali akan dibuat oleh pensyarah yang bertugas sebaik sahaja pelajar selesai membersihkan dapur dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya dilakukan.

Terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home