Tuesday, October 20, 2009

MAKLUMAN PENTING BAGI PELAJAR DFSM

Assalamu'alaikum wbt.

Berikut adalah tarikh2 & makluman penting berkaitan LI:

1) Penghantaran buku log & laporan:

Tarikh: 26 Oktober 2009 (Isnin)
Pelajar diminta untuk menghantar buku log & laporan anda kepada panel masing2.

2) Pembentangan laporan (mengikut tajuk yang telah ditetapkan):

Tarikh: 29 Oktober 2009 (Khamis)
Sila berhubung dengan panel masing2 bagi mendapatkan maklumat berkaitan tempat dan masa pembentangan. Sekiranya topik pembentangan tidak bersesuaian (pelajar tidak terdedah dengan jabatan tersebut atau sebab lain yang munasabah) pelajar diminta untuk memaklumkan panel bagi pertukaran tajuk pembentangan mengikut budi bicara panel.

3) Borang penilaian pihak industri
Pelajar diminta menghantar penilaian tersebut selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2009 (Isnin).

Sila patuhi tarikh2 yang telah ditetapkan kerana ia penting dalam menentukan markah & gred anda nanti.

Terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home