Wednesday, January 27, 2010

MUET

Assalamu'alaikum wbt.

Perhatian kepada pelajar yang ingin mengambil MUET. Di bawah adalah maklumat terkini yang saya perolehi daripada KP Pn.Zuraini untuk tindakan sesiapa yang berkenaan.

"Untuk makluman, pendaftaran MUET boleh dibuat oleh pelajar di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Januari 2010 (Khamis.

Baru kelmarin pegawai dari Pejabat Pelajaran menemui saya dan memberitahu perkara tersebut. Setakat ini seramai 375 pelajar UiTM Dungun telah mendaftar untuk mengambil MUET dan pelajar akan mengambil peperiksaan di kampus ini.

Peperiksaan bertulis akan diadakan pada 24 April 2010 dan 'oral speaking' pada 3, 4, 5 Mei 2010 dan 10, 11, 12 Mei 2010.

Tuan/Puan juga boleh memaklumkan kepada pelajar supaya melayari laman web: www.mpm.edu.my untuk maklumat lebih lanjut." - Pn.Khatijah Salleh (Unit Peperiksaan UiTMT).

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home