Tuesday, March 31, 2009

Final cooking exam

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Makluman kepada semua pelajar DCA, 'final cooking' akan diadakan pada 4 Mei hingga 7 Mei 2009. Senarai nama pelajar akan dipamerkan di papan kenyataan Fakulti(Blok 15). Walaubagaimanapun, pelajar dikehendaki menghantar 'report' pada 3 Mei 2009 kepada panel masing-masing. Dan pada hari yang sama, 'briefing' mengenai format 'final cooking' akan diadakan di Dewan Cemara pada pukul 9 pagi. 'Report' boleh dihantar sebaik sahaja 'briefing session' selesai.

Semua pelajar akan ditempatkan di kolej sementara (maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian)

Harap maklum.

Monday, March 9, 2009

Lawatan Penyeliaan Latihan Industri & Panel Laporan Latihan Industri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Makluman kepada semua pelajar DCA & DHM yang sedang menjalani latihan industri (Semester Dis 2008-April 2009),lawatan penyeliaan ke organisasi/hotel akan dilakukan dari 1 hingga 31 Mac 2009. Lawatan tersebut akan dilakukan oleh pensyarah-pensyarah dari kampus Shah Alam, Pulau Pinang dan Terengganu.

Bagi pelajar-pelajar DCA, panel laporan industri anda boleh diakses melalui yahoo emel (sila skrol ke bawah bagi mendapatkan password). Sila rujuk di yahoo emel untuk maklumat tersebut.

"Praktikal exam & theory" bagi pelajar-pelajar DCA akan dimaklumkan sebelum tarikh akhir latihan industri iaitu 5 April 2009.

Selamat Menjalani latihan Industri.

Koordinator Latihan Praktik DCA