Tuesday, October 20, 2009

MAKLUMAN PENTING BAGI PELAJAR DFSM

Assalamu'alaikum wbt.

Berikut adalah tarikh2 & makluman penting berkaitan LI:

1) Penghantaran buku log & laporan:

Tarikh: 26 Oktober 2009 (Isnin)
Pelajar diminta untuk menghantar buku log & laporan anda kepada panel masing2.

2) Pembentangan laporan (mengikut tajuk yang telah ditetapkan):

Tarikh: 29 Oktober 2009 (Khamis)
Sila berhubung dengan panel masing2 bagi mendapatkan maklumat berkaitan tempat dan masa pembentangan. Sekiranya topik pembentangan tidak bersesuaian (pelajar tidak terdedah dengan jabatan tersebut atau sebab lain yang munasabah) pelajar diminta untuk memaklumkan panel bagi pertukaran tajuk pembentangan mengikut budi bicara panel.

3) Borang penilaian pihak industri
Pelajar diminta menghantar penilaian tersebut selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2009 (Isnin).

Sila patuhi tarikh2 yang telah ditetapkan kerana ia penting dalam menentukan markah & gred anda nanti.

Terima kasih.

Wednesday, October 14, 2009

Panel Report HTC295 & HTC301

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Panel bagi report DCA telah diuploadkan di yahoo emel. Oleh yang demikian, semua pelajar DCA 06 & 04 Semester Julai-November 2009 boleh berbuat demikian dengan masuk atau login ke emel yahoo.

Sila pastikan log book dihantar bersama dengan report pada 29 Oktober nanti bagi tujuan 'reference' (akan digunakan oleh panel)

Terima kasih.

Friday, October 9, 2009

PEMBETULAN @ RALAT SENARAI NAMA PANEL DHM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman para pelajar terdapat sedikit pembetulan pada senarai nama panel pembentangan latihan industri yang telah dikeluarkan tempoh hari..
Terdapat beberapa pertukaran nama panel..
sila rujuk semula senarai nama panel yang terkini di dalam yahoo inbox koordinator kita.
sekian harap maklum..
P/s: Jangan lupa perjumpaan pada 25 oktober 8.00mlm di dewan jasmin.

Monday, October 5, 2009

Fornat Peperiksaan Amali Part 06 & 04 Diploma Seni Kulinari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dimaklumkan format bagi peperiksaan amali bagi pelajar DCA 06 & 04. Bagi format peperiksaan amali bagi DCA 06 adalah seperti berikut:

-Pelajar akan diletakkan dalam satu kumpulan iaitu 3 orang satu kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan tersebut akan ditentukan dan senarai nama akan dipamerkan di papan kenyataan di Blok Kreatif (Blok 15) pada 29 Oktober 2009. Pertukaran ahli kumpulan TIDAK dibenarkan sama sekali.

- Format 'black box' akan digunapakai dimana pelajar hanya mengetahui senarai barang pada hari tersebut sahaja. Pelajar dibenarkan menggunakan HANYA barang yang disediakan oleh fakulti.Bagi format ini, pelajar diberi masa 3 jam untuk menyiapkan 'three courses' iaitu appetizer, main course & dessert. Setiap 'course atau dish' yang disediakan adalah sebanyak 3 pax. Pelajar juga diberi masa selama 20 minit pertama bagi merancang menu berdasarkan barang yang diberi pada masa itu.

- Pelajar juga perlu merancang dari segi kegunaan 'plate' bagi setiap 'courses' yang disediakan. Semua 'plate' atau alatan yang sewaktunya dengan seperti shooter, oval plate hendaklah diuruskan sendiri oleh pelajar berkenaan. Pelajar TIDAK dibenarkan membawa alatan luar.



Bagi format peperiksaan amali DCA 04 adalah seperti berikut:

- Pelajar akan diletakkan dalam kumpulan iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. Pertukaran kumpulan TIDAK dibenarkan.

- Setiap kumpulan akan menyediakan 'main course dan dessert' sebanyak 2 pax. Masa yang diberikan adalah 3 jam dimana 20 minit pertama akan digunakan untuk merancang menu berdasar bahan yang disediakan.

- Bagi format ini, hanya bahan untuk main course akan dimaklumkan kepada pelajar dan bahan yang lain HANYA diketahui pada hari tersebut. Pelajar TIDAK dibenarkan membawa bahan dari luar selain yang disediakan oleh Fakulti.

-Pelajar boleh merancang kegunaan alatan atau 'plate' yang akan digunakan TETAPI perlu menguruskannya sendiri.

-Senarai nama kumpulan akan dipamerkan di papan kenyataan di Blok Kreatif pada 28 Oktober 2009 dan akan diuploadkan ke yahoo emel seminggu sebelum tarikh peperiksaan.

Bagi kedua-dua peperiksaan ini, Mock Restaurant akan digunakan sebagai tempat mempamer dan menilai 'dishes' yang disediakan. Dan post mortem bagi setiap sessi peperiksaan amali akan dibuat oleh pensyarah yang bertugas sebaik sahaja pelajar selesai membersihkan dapur dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya dilakukan.

Terima kasih.

Sunday, October 4, 2009

Peperiksaan Teori & Amali serta Tarikh Hantar 'Practical Report;

Assalamualaikum

Makluman kepada pelajar DCA 06 & 04, tarikh hantar 'practical report', peperiksaan teori adalah pada 29 Oktober 2009. Bagi peperiksaan teori, butiran adalah seperti berikut:

Masa : Semester 06 - 12 hingga 2 petang
Semester 04 - 2.30 hingga 4.30 petang
Venue : Dewan Anggerik (berhampiran Dataran Sura)
Hari : Khamis

Semua pelajar hendaklah menyerahkan 'practical report' kepada panel masing-masing dan borang penilaian industri diserahkan kepada koordinator latihan industri. Bagi pelajar 04, penyerahan 'practical report' dibuat selepas peperiksaan amali. Manakala pelajar 06 boleh berbuat demikian pada sebelah pagi sebelum peperiksaan teori bermula. Panel bagi 'pratical report' akan dimaklumkan kemudian.

Bagi pelajar DCA 04, peperiksaan amali akan bermula pada 29 hingga 30 Oktober 2009. Dan diikuti oleh pelajar DCA 06 pada 31 Oktober hingga 2 November 2009. Senarai nama bagi peperiksaan amali akan dimaklumkan secepat mungkin.

Penempatan sementara akan diuruskan oleh Koordinator latihan Industri, walaubagaimanapun tertakluk kepada kekosongan tempat di asrama. Sekiranya tiada penempatan, pelajar hendaklah menguruskan penempatan/lodging masing-masing. Maklumat berkenaan penempatan sementara akan dimaklumkan setelah mendapat keputusan dari pihak asrama.

Harap maklum.

DHM dan DTM Perjumpaan Dengan Koordinator Latihan Industri

Assalamualaikum and Good Day!
Dear Students,
A meeting with Industrial Training Coordinator will be held as follows:
Date :25 October 2009 (Sunday)
Time: 8.00pm - 10 .oo pm
Venue: Dewan Jasmin
Attendees: Compulsory to all DHM and DTM students who had just finished their internship.
The meeting is to explain the presentation requirement and matters pertaining evaluation criteria.
Thank you..

Saturday, October 3, 2009

PANEL PEMBENTANGAN DHM

Assalamualaikum, salam syawal dan salam sejahtera,
Untuk makluman senarai panel bagi sesi pembentangan latihan industri para pelajar DHM telah ada di inbox yahoo.Sila rujuk koordinatorlatihan@yahoo.com (password:uitmterengganu).Sekiranya topik pembentangan tidak bersesuaian (anda tidak terdedah dengan jabatan tersebut) sila maklumkan kepada panel masing-masing bagi pertukaran topik pembentangan.
Tarikh penghantaran laporan latihan industri adalah pada 26 Oktober 2009 (isnin). Minggu pembentangan akan bermula pada 29 oktober - 5 November 2009. Pengurusan tempat dan masa bagi sesi pembentangan adalah dibawah tanggungjawab pelajar. Sila berbincang dengan panel masing-masing berkenaan masa yang sesuai untuk menjalankan sesi pembentangan.
Sekian harap maklum...