Monday, April 26, 2010

PERJUMPAAN & TAKLIMAT PEPERIKSAAN AMALI & TEORI PELAJAR PRAKTIKAL (HTC301 & HTC295)

salam & salam sejahtera
kepada semua pelajar latihan praktikal DCA (HTC300, HTC301 & HTC295),

satu perjumpaan untuk taklimat akhir peperiksaan amali & teori akan diadakan pada


TARIKH: 29 APRIL 2010
HARI : KHAMIS
MASA : 2.30 PETANG -4.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN KULIAH BAKAWALI

Kehadiran adalah diwajibkan, sebarang pertanyaan boleh diajukan pada masa ini.
Sila bawa bersama "evaluation form" drpd hotel untuk di hantar kepada saya.

Terima kasih,
Norzaidah bt Ngali
KLI DCA

PERJUMPAAN PELAJAR DHM & DCA YANG BAKAL KELUAR MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Salam,
Satu perjumpaan dengan Koordinator latihan DHM & DCA akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 02 May 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 Malam
Tempat: Dewan Bidara UiTM Terengganu
Note: Pembahagian buku log akan diadakan semasa perjumpaan tersebut.
Kehadiran adalah diwajibkan.
Sekian, terima kasih.

KLI DHM
Sairah Saien
KLI DCA
Norzaidah Ngali

Saturday, April 24, 2010

PERJUMPAAN PELAJAR DHM YANG TELAH SELESAI LI

Salam,
Perjumpaan dengan Koordinator latihan industri bagi pelajar DHM yang telah selesai menjalani latihan industri bagi semester dis-apr 2010 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 26 April 2010
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Bidara, Hotel UiTM Terengganu
Keperluan: Borang penilaian Industri.
Kehadiran adalah diwajibkan. Terima Kasih

Ms.Sairah Saien
KLI
25 April 2010
10.12am.

Makluman Tambahan Laporan LI DFSM

Assalamu'alaikum wbt.

Bagi penghantaran laporan LI iaitu pada Isnin ini (26/4/2010), pelajar hanya perlu menghantar satu laporan sahaja kepada panel anda (bukan dua salinan).

Tidak perlu 'hard cover' memadai dengan 'cover paper' yang biasa digunakan ('comb binding' + berwarna hijau).

Sekian, terima kasih.

Khazainah Khalid
KLP DFSM

Wednesday, April 21, 2010

PEPERIKSAAN AMALI, TEORI, PENGHANTARAN "PRACTICAL REPORT" & BORANG PENILAIAN INDUSTRI

DCA Trainee (HTC295 & HTC300, HTC301)

assalamualaikum & salam sejahtera

1) PEPERIKSAAN AMALI
* pelajar DCA part 04 (HTC295) peperiksaan amali akan berlangsung pada 3 dan 4 mei 2010
* pelajar DCA part 06 (HTC300 & HTC301) peperiksaan amali akan berlangsung pada 5 dan 6 mei 2010.
- senarai nama bagi peperiksaan amali akan di "post" kan ke email koordinatorlatihan@yahoo.com dan akan dipamerkan di papan kenyataan di Blok 15 (bersebelahan KAFE KREATIF) pada 28 April 2010.

2) PEPERIKSAAN TEORI
* peperiksaan teori masih menunggu signal dari UiTM Penang... jadi anda hanya perlu bersedia. dan kebarangkalian tarikh adalah diantara 29 April hingga 6 Mei 2010. Tarikh sebenar akan diberitahu setelah saya mendapat ionformasi drpd UiTM Penang.Jadi BERSEDIALAH... format dan cara exam mungkin melalui I-Learn portal.sebarang informasi berkaitan akan diberitahu.


3) PENGHANTARAN "PRACTICAL REPORT"
* semua pelajar hendaklah menyerahkan "practical report" kepada panel masing-masing pada 29hb April 2010. sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan panel anda
* anda hanya perlu "Comb binding", tidak perlu "hard cover", dan practical report harus diserahkan bersama dengan "LOG BOOK"

4) BORANG PENILAIAN INDUSTRI
* borang penilaian industri haruslah diserahkan terus kepada saya, bukan kepada
panel.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh terus berhubung dgn saya

Sekian, terima kasih

Selamat maju jaya.

NORZAIDAH NGALI
KLP DCA

Part timers for Kitchen and Waiters (TANJONG JARA RESORT)

salam to DCA & DHM Trainee,

to all students who are interested to do part time for kitchen and waiters at Tanjong Jara Resort, Tanjong Jara need 5 students for waiter/waitress and 3 students for kitchen, rm3.00 perhour



This is the letter from Encik Afizan Ariffin (HR Exec of Tanjong Jara)


We are currently in need of part timers for our Kitchen and F&B Service as
waitstaff. The period that we are needing them is from 25/4 till 2/5 as
well on 9/5 till 15/5.

I hope you can help me to enlist some of your student who are would be
able to join us for part timers.





P/s: so who are interested hope will call me as soon as possible before or at 23rd april 2010, for me to give your name to Encik Afizan.

Thank you,
Norzaidah Ngali
Industrial Training Coordinator (DCA)
013-6422948

Tuesday, April 20, 2010

KEMUDAHAN KOLEJ SEMENTARA PELAJAR LATIHAN PRAKTIKAL DCA -FINAL COOKING & TEORI

SALAM TO ALL

PELAJAR PEREMPUAN DITEMPATKAN DI KARAH 5 DAN KARAH 7. sila ambil kunci di pejabat kolej bermula 25 april 2010 sehingga 6 mei 2010.

PELAJAR LELAKI, di KOLEJ GEMIA ...hanya diluluskan 9 buah bilik sahaja. oleh itu, silalah berkongsi bilik. bermula 25 april sehingga 6 mei 2010.

sekian terima kasih

Monday, April 19, 2010

PENEMPATAN KOLEJ SEMESTER JULAI 2010-NOVEMBER 2010

salam,
kepada PELAJAR DCA, kemasukan kolej untuk semester hadapan (part 5), hendaklah di pohon melalui online.

Bru mendapat perkhabaran drpd Puan Norafida, kolej pantai.... walaupun penempatan ada, tetapi anda dikehendaki membuat permohonan secara online...

tarikh tutup adalah pada hari ini. 19 APRIL 2010...

terima kasih

Saturday, April 17, 2010

Penempatan Sementara (Asrama) untuk DFSM

Assalamu'alaikum wbt.

Permohonan penempatan sementara (asrama) bagi pelajar siswi telah diluluskan iaitu seramai 26 orang bermula 19 April 2010 (Isnin) hingga 3 Mei 2010 (Isnin). Oleh itu,pelajar diminta untuk mendaftar di Pejabat Kolej Perhentian bagi mendapatkan maklumat asrama yang akan diduduki.

Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa penempatan bagi pelajar siswa telah penuh pada tempoh tersebut. Diharap pelajar dapat menguruskan penempatan sementara sendiri.

Sebarang masalah/ pertanyaan boleh hubungi saya.

Khazainah Khalid
KLP DFSM

Friday, April 16, 2010

MAKLUMAN KEMUDAHAN KOLEJ DHM

Assalamualaikum,

Kemudahan penempatan kolej bagi pelajar DHM telah diuruskan:
pelajar perempuan = 50 orang anda ditempatkan di kolej rumah kayu.
pelajar lelaki 27orang= di kolej gemia. (pihak kolej hanya boleh menempatkan seramai 24 orang pelajar lelaki sahaja)
sila mendaftar di pejabat kolej dahulu sebelum masuk menginap.
Permohonan penempatan adalah di mohon bermula 19 April sehingga 5 Mei sahaja.
sekian harap maklum.

Sairah Saien
KLI DHM

Tuesday, April 13, 2010

Makluman penting kepada pelajar DFSM.

Salam.

Tahniah kepada semua kerana telah berjaya menamatkan latihan industri selama lebih kurang 18 minggu.

Sila ambil perhatian terhadap tarikh2 di bawah:

a) Penghantaran laporan & buku log = 26/4/2010 (Isnin)
b) Minggu pembentangan = 29/4/10 hingga 5/5/2010 (sila berhubung dengan panel untuk tarikh yang sebenar)

Sila pastikan anda membawa semua perkara yang tersenarai di bawah semasa kembali ke UiTM Dungun nanti:
a) Practical report
b) Log book
c) Slide presentation
d) Original or copy of punch card that has been verified as a true copy by the employer/ Attendance record/ A letter or certificate of testimony issued by your employer.
e) Borang penilaian majikan beserta tandatangan & cop majikan.

Practical report + log book + punch card = hantar kepada panel penilai masing2.
Borang penilaian majikan = adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan borang tersebut sampai ke tangan saya selewat-lewatnya 5/5/2010 (Rabu)samada dihantar terus oleh pelajar (by hand)/ email ke khaza088@tganu.uitm.edu.my/ fax ke 09-8403777 atas nama saya/ pos ke alamat:

Khazainah Khalid
KLP DFSM
Bahagian Akademik
UiTM Terengganu
23000 Dungun, Terengganu.

Jika majikan ingin menghantar sendiri melalui pos/fax/email, anda bertanggungjawab untuk memastikan borang tersebut telah sampai kepada saya.

Diharap agar semua pelajar mengambil serius maklumat2 yang disertakan kerana semua ini menentukan keputusan anda nanti.

p/s Penempatan sementara asrama bagi tujuan penghantaran laporan & pembentangan dalam proses mendapatkan maklum balas dari pihak asrama. Samada diluluskan atau tidak, akan dimaklumkan secepat mungkin.

Terima kasih.

Khazainah Khalid
KLP DFSM