Thursday, January 28, 2010

VALIDASI & YURAN PENGAJIAN

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Kepada pelajar HTC301(DCA 06) dan HTC295 (DCA 04),
anda diingatkan supaya menyemak nama di dalam senarai kelas pendaftaran kursus dan pastikan anda telah membuat bayaran yuran bagi pengajian semester Dis '09 -April '10.

Di bawah ini disertakan tarikh-tarikh penting untuk ingatan dan tindakan anda semua:
1) Tarikh akhir daftar kursus termasuk gugur & tambah kursus : 1 Februari 2010
2) Pengesahan (VALIDASI) pendaftaran kursus: 2 Februari - 8 Februari 2010
3) Tarikh akhir pembayaran yuran: 4 Februari 2010
4) Gugur taraf sebagai pelajar UiTM( pelajar tidak mendaftar kursus dan/ tidak
membayar yuran) : 9 Februari 2010

p/s: oleh itu pastikan diri anda sentiasa "alert" dengan tarikh-tarikh di atas dan luangkan sedikit masa untuk melayari student portal untuk maklumat-maklumat terkini pengajian...

"semoga anda berjaya menjalani latihan parktik dengan jayanya"


NORZAIDAH NGALI
Koordinator Latihan Praktik DCA
UiTM Terengganu

Wednesday, January 27, 2010

Permohonan Kemasukan UiTM July 2010 (pelajar tahun akhir UiTM)

Assalamu'alaikum wbt.

"Makluman untuk pelajar Tahun Akhir UiTM...

Semua pelajar Tahun Akhir Diploma UiTM yang ingin memohon mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) UiTM bagi Kemasukan Julai 2010 hendaklah mengemukakan permohonan melalui Aplikasi dalam Talian di UiTMonline di http://istudent.uitm.edu.my/ yang akan dibuka pada 2 Februari 2010 nanti." -Pn. Sharulniza Sau Hamid (HEA UiTMT).

Pelajar yang berminat, sila ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

MUET

Assalamu'alaikum wbt.

Perhatian kepada pelajar yang ingin mengambil MUET. Di bawah adalah maklumat terkini yang saya perolehi daripada KP Pn.Zuraini untuk tindakan sesiapa yang berkenaan.

"Untuk makluman, pendaftaran MUET boleh dibuat oleh pelajar di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Januari 2010 (Khamis.

Baru kelmarin pegawai dari Pejabat Pelajaran menemui saya dan memberitahu perkara tersebut. Setakat ini seramai 375 pelajar UiTM Dungun telah mendaftar untuk mengambil MUET dan pelajar akan mengambil peperiksaan di kampus ini.

Peperiksaan bertulis akan diadakan pada 24 April 2010 dan 'oral speaking' pada 3, 4, 5 Mei 2010 dan 10, 11, 12 Mei 2010.

Tuan/Puan juga boleh memaklumkan kepada pelajar supaya melayari laman web: www.mpm.edu.my untuk maklumat lebih lanjut." - Pn.Khatijah Salleh (Unit Peperiksaan UiTMT).