Sunday, April 26, 2009

PERUBAHAN VENUE PEPERIKSAAN TEORI HTC295

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Makluman kepada pelajar DCA04, venue bagi peperiksaan teori HTC295 telah berubah ke Dewan Kuliah Anggerik, berdekatan dengan Dataran Sura. Tarikh, masa dan hari adalah sama. Sila pastikan anda membawa alatan tulis yang lengkap.


Harap Maklum.

Sunday, April 12, 2009

MAKLUMAN PENTING

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Kepada semua pelajar DCA, sila pastikan anda membuat PERMOHONAN KOLEJ ONLINE & INSENTIF SUBSIDI MAKANAN menerusi STUDENT PORTAL bermula 20 April 2009. Gagal berbuat demikian, akan menyebabkan tiada penempatan asrama dan subsidi makanan.

Bagi peperiksaan teori, pelajar-pelajar dinasihatkan untuk membuat rujukan atau bacaan berkaitan dengan food studies. Sebagai contoh, buku Professional Cooking boleh dijadikan sebagai satu bahan bacaan bagi persediaan peperiksaan teori nanti.

Borang 'evaluation' dari pihak industri hendaklah dihantar pada 3 Mei 2009 sejurus 'briefing session selesai.

Harap maklum.

Monday, April 6, 2009

Makluman - Pertukaran Tempat Peperiksaan

Kepada semua pelajar DCA, dimaklumkan bahawa tempat peperiksaan teori telah diubah ke Dewan Jasmin. Walaubagaimanapun, masa dan tarikh TIDAK berubah.

Peperiksaan ini adalah wajib kepada semua pelajar,ketidakhadiran akan menjejaskan gred anda.Dan diingatkan kepada semua pelajar, 'practical report' hendaklah dihantar kepada panel masing-masing pada 3 Mei 2009 (sejurus selepas tamat sessi briefing)

Harap maklum.

Thursday, April 2, 2009

MAKLUMAN PENTING

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada semua pelajar DCA, pepeiksaan bertulis atau 'theory exam' akan diadakan pada 3 Mei 2009 selama 2 jam, dan 'briefing session' akan diadakan sejurus selepas itu.

Peringatan penting kepada pelajar agar mempastikan 'evaluation form' yang telah diisi oleh
pihak hotel dihantar kepada Koordinator Latihan Praktik DCA pada 3 Mei 2009. Gagal berbuat demikian akan menyebabkan 20% dari markah keseluruhan akan hilang.

Tempat peperiksaan tidak perubahan, masih di Dewan Cemara.

Sekian. Terima kasih.